1 July 2015

Apa itu nutrien

Apa itu nutrien

gambar : carian google

Terdapat pelbagai jenis nutrien yang terkandung di dalam sesuatu makanan yang kita makan dalam sehari. Namun tahukah kita apakah sebenarnya yang dikatakan dengan istilah “nutrien” ini? Nutrien sebenarnya satu komposisi kimia yang berada di dalam sesuatu bahan makanan. Makanan yang kita makan boleh diibaratkan sebagai agen  perantara yang bertindak menyampaikan bahan kimia tersebut kepada tubuh badan kita.

Nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan  iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam minarel. Nutrien-nutrien inilah yang membantu tubuh badan kita supaya sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa.

Bagaimana nutrien terhasil?

Nutrien terhasil daripada gabungan elemen-elemen sepertikarbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur. Pengambilan nutrien untuk tubuh badan perlulah seimbang  iaitu dalam kuantiti tertentu. Pengambilan makanan yang seimbang ini boleh diterjemahkan sebagai “diet seimbang”. Segala jenis nutrient yang kita makan akan dicernakan oleh badan kita melalui satu tindak balas kimia iaitu metabolisma.


Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com