2 July 2015

Kelebihan-Kelebihan Bulan Ramadan

Bismillah,

Hari Khamis dan hari ini telah memasuki  15 Ramadan 1436H. Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan setiap urusan. Insya Allah.

Pagi ini di slot Motivasi Kerjaya CF kongsikan  Kelebihan-Kelebihan Bulan Ramadan kepada pelajar Pengurusan Pejabat.

Sayyidina Salman r.anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'ban, "Wahai manusia! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang pada bulan itu terdapat satu malam (Lailatul-Qadar) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah S.W.T telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat.

Sesiapa yang cuba menghampiri Allah S.W.T pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi sesuatu kepada seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya daripada neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.

bersambung

09/07/2015

Para sahabat r.anhu lalu berkata, "Bukanlah setiap orang daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi walaupun sebiji tamar atau seteguk air atau pun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."


Bulan itu adalah satu bulan yang bahagian awalnya merupakan rahmat, pertengahannya merupakan keampunan dan akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka.

Sesiapa yang meringankan beban (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T dan akan dilepaskan daripada azab api neraka. (Hadis riwayat Ibnu Khuazaimah, Baihaqi, Ibnu Hibban dan lain-lain)





Di Petik dari Buku Fadilah Amal & Fadilat Ramadan 
Oleh : Syaikh ul-Hadis Hadrat Maulana 
Muhammad Zakariyya Kandhalawi
Muka surat 724