9 July 2015

Pengalaman Athirah Praktikal di Mahkamah Majistret Rompin Pahang

Hari ini punya cerita, pagi-pagi lagi CF dah dihujani pelbagai mesej, WhatsApp sentiasa meriahlah. Antara yang menarik CF kongsikan Athirah pelajar dari Rompin juga menjalani praktikal di Mahkamah Majistret Rompin Pahang.

CF ucapkan terima kasih kepada Athirah kerana berjaya menjalani praktikal dan bakal tamat minggu depan 15hb Julai 2015, kira dua hari sebelum raya.

Jom baca pengalaman Athirah :

Banyak perkara baru yang saya dapat antaranya diberi tugas membuat setiap jamin mahkamah saya juga ditugaskan mengendalikan kaunter dan berhadapan dengan pelbagai ragam orang.

Saya diberi tugas membuat surat akuan sumpah, membuat kewangan.

Mencatit masuk keluar surat melalui sistem yang dikhaskan oleh mahkamah.

Paling penting saya dapat mengetahui setiap jenis kes mahkamah mengikut seksyen-seksyen

Saya juga diberi tugas mengendalikan surat menyurat kes-kes berkaitan mahkamah kanak-kanak.

In Sha Allah kalau diberi rezeki Ketua Jabatan akan panggil saya jadi Pekerja Sambilan Harian (PSH) selepas raya.

Gambar Koleksi WhatsApp Athirah 

♛ Syukur alhamdulillah. CF doakan semoga Athirah dipermudahkan urusan.