2 July 2015

Pengumuman Tarikh Akhir Pengeposan Item Pos Laju Sempena Perayaan Aidilfitri 1436H

Musim sekarang kita mudah membeli-belah di atas talian mahu pun offline atau barang beli sampai di tangan dengan mudah.

CF lebih mudah beli atas talian dan buat masa ini CF gunakan perkhidmatan PosLaju. Alhamdulillah buat masa ini semuanya masih ok. Kita doalah orang PosLaju dipermudahkan urusan. Maka barang mudahlah sampai ke tangan kita.

Sebagai wakil pelanggan PosLaju. Ok nak bagi tau ni. Pengumuman dari PosLaju :

Para Pelanggan Yang Dihormati,

Bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri 1436H, pelanggan adalah dinasihati supaya membuat pengeposan item perayaan untuk destinasi dalam negara sebelum atau pada 10 Julai 2015. Ini bagi membolehkan PosLaju membuat serahan kepada penerima sebelum 16 Julai 2015.

Untuk makluman, serahan bagi item PosLaju yang dipos selepas 10 Julai 2015 hanya akan diproses mulai 20 Julai 2015. Walaubagaimana pun, PosLaju tetap menerima pengeposan sehingga 15 Julai 2015.

Jadi rancanglah jadual ya. Bagi yang bisnes online seperti CF ni awal-awal dah bagitau customer supaya membuat belian sebelum atau pada 09hb Julai 2015.


Nak wajah cantik dihari rayakan? Mestilah nak berseri-seri dengan Garam Terapi Nur Himalayan Salt. Apa lagi grab now! Sebab dari 26hb Jun 2015 hingga 06hb Julai 2015 ada promosi. Jangan terlambat stok dah nak habis tau! Apa lagi save nombor ni 014-297 9545 Team NUR akan respon secepat mungkin.