20 October 2015

3 Teknik Iklan Tingkatkan Sales



3 Proses iklan yang bantu bisnes anda kurangkan kos tapi tingkatkan sales.
Proses-proses yang terlibat dalam bisnes apabila kita melakukan kempen pengiklanan adalah:

1) Sebelum.
2) Semasa.
3) Selepas.

===
1) Sebelum tulis iklan.
===

Sebelum adalah proses melakukan kajian terperinci terhadap iklan. Tahu kepada siapa kita mahu sampaikan mesej, tahu apa mesej yang mereka mahu dengar, dan tahu di mana golongan pelanggan ini berada.

Proses sebelum merupakan proses yang paling kritikal. Ia menjelaskan samada kita faham pelanggan atau kita sekadar berteka-teki.

===
2) Semasa prospek berurusan dengan penjual.
===
Semasa pula adalah proses apabila pelanggan tertentu terpengaruh dengan mesej iklan kita.

Pelanggan yang terpengaruh akan melakukan langkah seterusnya seperti yang kita arahkan. Sebagai contoh, Whatsapp, pergi ke laman web, telefon pejabat, datang ke kedai dan sebagainya.

Proses semasa ini sangat penting.
Elemen yang penting untuk dijaga dengan rapi adalah elemen komunikasi di antara penjual dan pelanggan.

Kalau penjual gagal berkomunikasi dengan baik, ia akan merosakkan proses keseluruhan pengiklanan.

===
3) Selepas mereka selesa untuk membeli.
===

Selepas pula adalah proses terakhir. Apabila pelanggan sudah suka berurusan dengan kita, maka langkah terakhir adalah membantu mereka untuk sahkan pembelian.

Bahasa lainnya seperti 'close sale', atau 'close deal'.

Dalam proses ini, majoritinya masanya ia bersifat taktikal. Kita hanya perlu tahu bertanya soalan yang betul kepada pelanggan.

Jika proses 'semasa' kita berkomunikasi dengan pelanggan sudah bagus, maka proses ini tidak menjadi masalah yang besar.

Jika kita malu-malu untuk bertanya tentang pembayaran, atau pengesahan pembayaran dalam proses ini, maka kita yang rugi.

Pelanggan suka membayar kepada penjual yang mereka selesa.
___________________________________________
Dari Group Write to Wealth Awesome Client Support
By: Aqif Azizan



Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com