30 October 2015

Isu Hangat: Perlukah perniagaan online berdaftar dengan SSM?

Isu Hangat: Perlukah perniagaan online berdaftar dengan SSM?
Jawapan: Ya!

Kenapa?

Selaras dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang menyatakan setiap perniagaan yang mendatangkan keuntungan harus berdaftar dengan SSM.

nota: Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.
Setelah berdaftar, pamerkan nama perniagaan dan no. pendaftaran perniagaan anda itu. Contoh biasa dibuat ramai peniaga: Dimiliki oleh: ABC Enterprise 123456-X

Keyakinan pelanggan akan meningkat.
Pembeli: Bro ni trusted online seller ke?
Penjual: Boleh semak dengan SSM nama dan no. pendaftaran perniagaan saya. Klik saje e-info. Saya dah daftar dengan SSM. Detail saya semua ada disitu.

Tips membeli secara online:
"Cash on Delivery" (COD) adalah digalakkan selain daripada pos. Sekiranya lokasi penjual dan pembeli adalah berdekatan dan penjual tidak mahu COD, ini adalah meragukan!

Semak di semua platform internet mengenai si penjual seperti Google, forum, blog, facebook group dan sebagainya. Penjual pasti akan meninggalkan "good review" sekiranya bagus dan sebaliknya.

Pastikan nama pemilik no. akaun yang diberikan penjual sama dengan nama penjual atau nama perniagaan/syarikat beliau. Jika si penjual memberikan no. akaun milik orang lain untuk pemindahan duit, ini meragukan!

Pastikan anda mempunyai maklumat lengkap mengenai si penjual. Simpan semua bukti pembayaran, resit dan sebagainya.

Jika boleh, segala urusan dengan penjual dilakukan menggunakan email kerana sekiranya berlaku pertikaian, email2 tersebut boleh digunakan di Tribunal Tuntutan Pengguna. SMS, Whatsapp dan sebagainya tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti.

Penjual harus pastikan bayaran telah diterima dari pembeli sebelum pos barang jualan kerana pembeli juga ada yang tidak jujur!