2 February 2016

5 hari sakit

Nak share dah 5 hari bengkak gusi dan gigi geraham petanda nak kena cabut, Allahuakahbar dah lama tak diserang sakit.

Pelbagai ikhtiar saya buat antaranya kerap gosok gigi dengan garam nur, berkumur dengan minyak habbatus sauda (bukan minyak angin sauda tau) hehe

pergi ke klinik doktor beri antibiotik dan ubat tahan sakit. saya dah hampir 15 tahun tak makan ubat klinik mahu pun hospital sebab ada pengalaman sakit kritikal satu ketika dahulu.

macam mana pun saya ikhtiar cari penawar lain sebab ubat tahan sakit hanya seketika,

alhamdulillah sakit semakin reda dan 5 hari sebelum ni kerja saya banyak tertangguh, tertangguh pun blog sentiasa dia update haha

dan paling menarik saya dengarkan Alpha Brain Wave Music (bukan music ada nyanyian, saya ada save kat blog) tak lupa juga saya amalkan teknik B.A.D (Bertanya Allah Dahulu)

p/s : Di fahamkan juga oleh seorang doktor yang saya kenali minyak habbatus sauda boleh dibuat kumur dan ditelan juga salah satu ubat antibiotik.

Allah Tempat Meminta. Mintalah pada NYA terlebih dahulu. Insya Allah segala ikhtiar akan ditunjukkan.