20 February 2016

Berikan 100% komitmen




Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan di sepanjang jalan.

Lagi hebat matlamat anda, lagi hebat masalah dan halangan yang perlu ditempuh. Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang. JANGAN SESEKALI PUTUS ASA.

Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya
“Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?
Jawabnya, Gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!’



Sebarang kegagalan yang anda temui merupakan pengalaman belajar. Jika anda baca kisah-kisah mereka yang berjaya, pasti anda akan temui kisah kegagalan. Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak menemui sebarang halangan.

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com