22 Feb 2016

# Komputer # Kuantan

Bila komputer sakit demam

Hampir dua minggu komputer bermasalah, detik hati mungkin amalan tak kuat ni, sebab cf selalu ingat kata abah, apa-apa berlaku ada kaitan diri kita dengan Maha Pencipta. 

Allahuakhbar, banyak dosa ni, dosa kecil kita tak nampak, dosa kita mengata orang dalam hati pun dikira dosa kecil 

Lebih kritikal bila button pada cpu tu berbunyi tettt dengan bingit sekali, bila resert beberapa kali , dekat 30 kali dengan kadar 1 minit sekali reset.

Doa kat Allah dalam hati, Ya Allah, aku banyak kerja nak siapkan ni Ya Allah, tolong Ya Allah kau bantu aku Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Pengasih yang menggerak segalanya ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.

Selang beberapa minit selepas berwudhuk dan berdhuha seketika. Alhamdulillah komputer berfungsi.

Dalam 1 minggu, 3 kali kejadian ni berlaku, komputer berjaya dihidupkan selepas 30 minit, Allahuakhbar dugaan kecil, melanda kita dah gelabah kan. Allah bagi sikit ujian untuk kita mengingati DIA lebih lagi.

Dan semalam seharian komputer tidak berjaya dihidupkan gerak hati kena hantar kedai, ikut kajian dalam google masalah ni berlaku disebabkan beberapa masalah lain.

Hari ni fokus nak hantar ke kedai komputer cpu ni dan siap hari ni hehe, hamboi cepatnya nak siap, apa pun cf set dalam minda cpu siap hari ni.

Kedai komputer ni kita dah biasa berurusan sejak 3 ke 4 tahun yang lalu, lokasi berdekatan dengan Mega mall Kuantan, setakat hari ni alhamdulillah memuaskan.





ambik gambar sorok-sorok duduk dari arah jauh hehe 
kena tunjuk kat team akss, boss dia buat apa tu, 
tak nampak online pun hehe



setelah diperiksa mana tak kena 






hai cover dia pun kena tukar, alang-alang dah datang tu 
tukarlah set luar sebab tempat pendrive pun dah rosak

pada mula pekerja kat situ bagi tau kena tinggal 

sebab kena tukar semua cover kira 1 set

cf pun keluarlah ayat
"alaa sayangnya nak tinggai kerja banyak ni'
dalam hati berdoa, Ya Allah moga dipermudahkan urusan.

Terus pekerja kedai tu buat mana patut dann siapp, alhamdulillah.






padan lah cpu merah, dan mouse pun merah 
meriah gitu, moga boleh buat sale membara, aamiin.

Hari ni tukar keyboard, warna hitam + kaler biru hehe 

alhamdulillah banyak berbakti juga kenangan dengan 
komputer ni, salah satu nyawa bisnes


Ucaplah terima kasih kepada sesiapa yang membantu kita.

rujukan penulis Majalah IT

Ok nak sambung kerja :)

.

Follow Us @cfnurfarizan