19 Feb 2016

Buat keputusan hari ini

  
categories: 
Ramai antara kita tidak membuat keputusan untuk menjadi kaya, sudah tentunya ramai yang mengharapkan kekayaan.

Ramai juga yang berdoa untuk mendapatkan kekayaan, Tetapi langkah yang seringdilupakan adalah untuk anda membuat keputusan untuk menjadi kaya.

Langkah Menjadi Kaya

1.   Tetapkan matlamat anda un tuk menjadi bebas kewangan.  Bebas kewangan bermaksud bebas membeli tanpa ada had dan batas. Contoh nak beli susu anak, tak lah berkira pasai duit kita tidak terhad.

Tanamkan niat di hati bahawa anda akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan. Dah biasa kerja office hour 9 to 5 kali ni lebihkan usaha membuat kerja part time dan usaha tanpa jemu. Buat bisnes online kategori dropship ajer, tapi post secara konsisten sehari 10 post selama 3 bulan. Itu dinamakan usaha, paling penting perlu berilmu terlebih dahulu.

Tanpa membuat keputusan, anda bagaikan berdiri di tengah-tengah pagar. “Jadi kaya pun tak mengapa..tak jadi kaya pun tak mengapa.”

Mulai hari ini, tetapkan keputusan anda untuk menjadi bebas kewangan.
Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan.


Keputusan ini akan memberi fokus kepada anda untuk mencapai matlamat anda.