29 Feb 2016

Pengalaman ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

  
categories: 

Langkah kaki ke bangunan ini penuh dengan semangatnya, CF datang ke mari waktu rehat seawal jam 1 petang, dah niat sesiap nak jumpa atie dan aida pelajar praktikal IPM.

Jujur ini adalah kali pertama selepas CF berehat dari mengajar sepenuh masa, baru ini kali pertama menjejakkan kaki ke tempat praktikal.

15 tahun di IPM tak pernah ke tempat praktikal pelajar? ish biar betul, ya betul dan tepat sekali, bagi berlaku adil CF buat keputusan tidak melawat ke tempat praktikal.


Jadi jumaat lepas 26 Februari 2016 itulah kali pertama, bukan niat asal melawat tempat praktikal sebab ada urusan lain berjumpa atie

bak kata orang alang-alang pergi nak jugak tengok pejabat nya nak jugak tengok cara kerja, biasanya CF tau cara kerja pelajar bila mereka menghantar laporan tugas bulanan melalui e-mel.

Sebelum naik ke pejabat kita berempat makan di kantin Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, rasanya sepanjang pengalaman CF inilah kali pertama makan kat sini. hehe cam pelik jer kan CF ni haha

Tak kesah lah janji dapat jugak makan kat kantin ni.




menu kat sini best jugak CF suka dengan fresh oren nya wahh tetiba rasa dahaga nak minum fresh oren lagi neh hehe 







Sebelum jam 2 petang kami dijemput oleh atie dan aida naik ke pejabatnya 
haa tau tak cf dan ca gambar kat mana ? bilik YB, amboi kerlass gitu kan 




Tuan Ezuan selaku ketua yang menguruskan pelajar praktikal dari IPM 
dia memberi beberapa saranan untuk penambahbaikan untuk memajukan pelajar.





Waktu ni atie tak tau gambar dia disnap secara sembunyi hehe 
tengah cari fail yang diminta oleh boss nya itu 






Sebelum balik kami bergambar kenangan