5 Feb 2016

# Solat Dhuha

Solat Dhuha

Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat." (Hadis Tirmizi)

Jadi jelaslah bagi kita, sesiapa yang mengerjakan solat dhuha, mereka memperoleh kemuliaan rezeki dan dijauhkan daripada kemiskinan.


gambar kredit www.nurhimalayansalt.com

Tidak hanya itu, Allah juga mendirikan rumah untuk mereka di syurga. Demikianlah keterangan hadis ini melalui laporan sahih.

Waktu mengerjakan solat dhuha adalah semasa matahari sedang naik setinggi satu atau pun dua galah hingga waktu menjelang solat zohor.

Hukum solat dhuha adalah sunat dan jumlah rakaatnya aalah daripada dua hingga 12 atau setengah jam sebelum solat zohor.

Dengan itu kita boleh mengerjakan solat dhuha dalam dua, empat, lapan, atau pun 12 rakaat.

Dalam rakaat pertama selepas membaca al-Fatihah, kita boleh membaca surah as-syams. Pada rakaat kedua, selesai al-Fatihah. baca pula surah ad-Duha.

Namun bacaan surah-surah selepas al-Fatihah itu tidak semestinya seperti saya sebutkan disini. Pada rakaat pertama selepas al-Fatihah,saudara boleh membaca surah ad-Duha pada rakaat kedua, saudara boleh membaca surah Alam Nasyrah.

Selesai mengerjaka solah Dhuha, kita dianjurkan pula membaca doa selepas solat dhuha dengan harapan dipermudahkan rezeki.

Doa itu adalah seperti berikut :



اَللّهُمَّ اِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ اَللّهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِى فِى السَّمَاءِ فَاَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَاَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ اَتِنِى مَااَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ


ALLAAHUMMA INNADH DHUHAA-A DHUHAA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL 'ISHMATA 'ISHMATUKA. ALLAAHUMA INKAANA RIZQII FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASSARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IIDAN FA QARRIBHU, BIHAQQI DUHAA-IKA WA BAHAA-IKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINII MAA ATAITA ‘IBAADAKASH SHAALIHIIN. 

Doa dan maksud Petikan blog Ilmu Fiqh Islam 



Maksudnya, "Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kebaikan itu kebaikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu adalah perlindunganmu.

Ya Allah, sekiranya rezekiku masih di langit maka turunkanlah, sekiranya ia masih berada di dalam bumi, keluarkanlah, sekiranya susah, permudahkanlah, sekiranya haram, sucikanlah dan sekiranya jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuhamu, keagunganmu, keindahanmu, kekuatanmu dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh."

Demikian doa pasrah dan harapan dipermudahkan rezeki yang perlu kita ucapkan sesudah selesai menunaikan solat sunat dhuha.

Dengan demikian, selepas solat dhuha, kita berharap memperoleh kemudahan atas segala persoalan dan kelancaran dalam mencari rezeki.

Rezeki manusia adalah rahsia Allah. Oleh itu kita perlu berusaha mencari rezeki melalui pintu dan kunci yang tepat. Antara kunci rezeki itu adalah solat dhuha dan pintunya adalah usaha bersungguh-sungguh.

Teks berwarna hitam sepenuhnya ditaip oleh www.nurfarizan.com




.

Follow Us @cfnurfarizan