24 February 2016

Tulis matlamat anda

Mengikut kajian 2010 hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup atau pun sekiranya ada tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran anda dan sentiasa mengingatkan anda secara sedar, atau pun separa sedar untuk anda mencapainya.

Matlamat yang tidak tertulis seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda di atas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata dan boleh disentuh.

Anda telah membawa matlamat dalam imiginasi kepada bentuk yang anda dapat menggenggamnya! Sama dengan tujuan matlamat anda.

Matlamat biarlah yang realistik ya, Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila matlamat anda itu gagal dicapai.

Tetapkan Deadline

Matlamat tanpa deadline ialah matlamat yang tidak lengkap

Contoh menulis matlamat yang betul begini

Saya memiliki Alza 1.5 S Automatik (Metallic) warna biru (Electric Blue Metallic) pada 8 September Hari Khamis Tahun 2016.  

Bilakah deadline yang terbaik ? 6 bulan,  1 tahun, 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun

Ada gambar lagi bagus letak di skrin pc, hp atau print gambar letak dalam buku  juga boleh tengok kat website 

Cara begini menulis matlamat yang jelas pastikan kereta yang mahu dibeli ditulis jenis  model

Sebab ada sorang kawan dia nak beli kereta dan dia pun dapat kereta, Cuma model kereta tu tahun 90-an hehe


Apakah yang patut anda lakukan sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang saja .. berikan satu tarikh deadline yang baru!