Follow Us @soratemplates

5 March 2016

4 Hari yang sibuk

4 hari di bulan Mac 2016 tak menang tangan rezeki datang tanpa diduga. alhamdulillah. alhamdulillah syukur, sebagai owner product segalanya perlu diperincikan, melatih wakil jualan yang baru meeting demi meeting perlu dihadiri, sampai gambar sekeping tu tak dan nak belanje hehe


bisnes baru nak mula, kerja keras sangat diperlukan alhamdulillah bila penat saja ada garam mandian, dengan wangian pati aromaterapi lavender rasa segar dan dari penat dah kembali bertenaga, kemudian lepas mandi terasa lapar   masak dengan menggunakan garam masakan, masakan pun jadi berkhasiat, dan nak tidur ada peneman dengan minyak angin  menjadikan tidur bertambah lena.

Syukur dengan kesihatan yang baik, kita mampu berfikir lebih kreatif dan tenang.

Banyak perancangan dan perubahan bakal kita laksanakan antaranya dah dilaksanakan

Garam masakan. Nama sebelum ini cooking salt. Nama baru bermula 2 Mac 2016 dengan nama Deliciousalt.

Customer selalu dok puji masak guna garam ni dah tentunya masakan jadi sedap dan sihat ditambah pulak kata nya tak perlu letak serbuk perasa memang dah sedap lemak lemak masin gitu.

Maka terciptalah nama deliciousalt. Garam masakan ini boleh makan dengan colek, orang ganu sebut lagu tu hehe

Dan penyediaan nya cukup mudah lepas tutup saja api dari dapur masak anda dan baru lah letak garam supaya kualiti garam itu kekal.

Ada yang bertanya dari mana asalnya garam masakan atau deliciousalt ini? Garam ini diimport dari Pakistan dan kelebihan garam masakan ini diadun dengan selawat juga selamat untuk dimakan.


tadaa.. inilah dia garam masakan "deliciousalt" harga mampu milik tau dengan 100 gram harga kesihatan yang perlu dibayar adalah rm2 sahaja. pek ini kita open kepada mereka yang baru nak mencuba keenakan garam masakan keluaran AKSS ni 

Bila dah mencuba dan rasa sihat dan keluarga pun suka boleh lah mencuba pek ekonomi dengan 500 gram hanya rm6 sahaja 




nanti kita sambung cerita pasal garam masakan dan minyak angin tu ya ..  nak rasai keenakan karipap ayam, pemberian dari mama wakil jualan kami yang baru :)