19 March 2016

Apa itu sedekah subuh?

Bismillah. Beberapa bulan lepas cf di invite oleh rakan sahabat ke group facebook. Terpanggil untuk berkongsi mengenai sedekah subuh di laman blog ini. Sedekah Subuh ini dibawah Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh dibawah kelolaan pemilik facebook Mahawa Pilus 


CF inbox untuk dapatkan detail tentang sedekah subuh. Alhamdulillah dapat banyak info dan cf kongiskan seperti mana maklumat ini dihantar melalui pesanan mesej di facebook.


Gambar : Carian Google



Apakah sedekah subuh ?

Sedekah yang diberikan pada waktu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan selepas seseorang itu solat subuh.

Jangka waktu yang dicadangkan ialah selepas subuh dan sebelum masuk waktu syuruk

https://scontent-hkg3-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t34.0-12/12647889_1179688612058789_513989573_n.jpg?oh=326b340e307919a1ad93967ee16eaffe&oe=56EEB8BAPendekatan sedekah ini dilaksanakan ialah dengan memasukkan sedikit wang ke dalam 1 bekas secara istiqamah selama 40 hari 



Cara melaksanakan sedekah subuh

Cara atau langkah-langkah
1. Sediakan satu bekas yang boleh diisi duit. Saya cadangkan bekas kuih raya plastik bertutup merah yang jernih warnanya (atau apa saja bekas yang sesuai)

Tujuan / Rasional :
Lestari – Kitar semula (Mudah dan murah) Nampak duit kita terkumpul sebab warna bekas tu jernih – jadi motivasi

2.  Tulis nama anda berserta tarikh hari anda memulakan sedekah subuh dan lekatkan di tabung itu jika ramai yang hendak buat dalam rumah anda (tidak tulis pun tidak berdosa!)

Tujuan / Rasional :
Bertanggungjawab terhadap tabung anda sendiri 

3.  Setiap pagi selepas solat subuh masukkanlah sedikit duit dalam tabung tersebut – seikhlas hati, RM2.00 atau RM1.00 ataupun RM0.10 tak kisah asal ikhlas dan mampu

Tujuan / Rasional :
Biar sikit asal istiqamah. Sederhana dalam amalan.


4.  Semasa anda memasukkannya, niatlah dalam hati tenang hajat @ apa keperluan anda. Mudah-mudahan Allah perkenankan

Tujuan / Rasional :
Tidak salah memohon dari pemilik kita Allah tempat meminta. Jangan fikir ikhlas @ tidak sebab untuk ikhlas kena latihan.


5.  Selepas itu doa (ringkas saja dlm Bahasa Melayu pun boleh dan yakinlah bahawa setiap janji Allah benar) contoh : Ya Allah, perkenankanlah hajatku.

Tujuan / Rasional :
Bertawasul dengan amal soleh. Membentuk keyakinan ke peringkat haqqul yakin.


6.  Teruskan setiap subuh hingga bukup 40 hari @ 30 hari. Tak salah kalau tiap-tiap hari nak pergi beri sendiri ke rumah anak yatim.

Tujuan / Rasional :
Untuk membentuk sikap istiqomah. Untuk menjimatkan masa (waktu pagi sibuk dengna urusan pergi kerja/sekolah)


7.  Waktu yang dicadangkan ialah SELEPAS SEBUBUH SEBELUM SYURUK (boleh juga diwaktu lain kerana sedekah tiada had masa)

Tujuan / Rasional :
Setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang membuat amal soleh. Rebut peluang ini dnegn iringan soa malaikat. 


8.  Setelah 40 hari terus keluarkan untuk dibuat agihan. Teruskan sedekah subuh pada 41 hari dikira 1 semula. Tidak menjadi kesalahan jika tidak cukup 40 hari – misalnya saya buat “calling fo SEDEKAH SUBUH”. Jadi tuan / puan boleh keluarkan walaupun baru 1 minggu kerana keperluan untuk melaksanakan ibadah secara berjemaah dengan Team Sedekah Subuh melaksanakan 1 projek. Tetapi esoknua kena sambung seperti biasa.

Tujuan / Rasional :
40 hari ini hanya latihan untuk istiqomah juga untuk membentuk kesabaran juga untuk menguji keimanan. Sejauh mana kita amanah menjaga duit sedekah selama 40 hari itu untuk memudahkan @ jika mampu pergi cari fakir miskin setiap subuh setiap hari (ini lebih baik)


9.   Jika outstation masih diteruskan lepas subuh asingkan duit yang hendak disedekahkan itu ke dalam sampul duit raya / envelope / terpakai atau apa saja bekas yang berasingan, dan apabila sampai  ke rumah kelak, masukkan duit yang disedekahkan itu dalam tabung sedekah subuh kita.


Tujuan / Rasional :
Supaya kita tetap melaksanakan sedekah walaupun berada di mana saja.













Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh
016-328 3909


Akaun Sedekah Subuh
Maybank 
5622 - 6351 - 9387 



Di antara orang-orang yang mendapatkan do’a dari para Malaikat adalah orang-orang yang selalu berinfak di jalan kebaikan, dan di antara dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah:
1. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, beliau berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا. وَيَقُوْلُ اْلآخَرُ: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا.
‘Tidak satu hari pun di mana pada pagi harinya seorang hamba ada padanya melainkan dua Malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti [1] bagi orang yang berinfak.’ Dan yang lainnya berkata: ‘Ya Allah, hancurkanlah [2] (harta) orang yang kikir.’” [3]

Di antara hal yang bisa kita fahami dari hadits di atas bahwa ash-Shaadiqul Mashduuq, yaitu Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengabarkan bahwa sesungguhnya para Malaikat berdo’a agar Allah Subhanahu wa Ta’ala menggantikan harta orang yang berinfak.