29 March 2016

Karipap Mama Paling Ohsem!

Waktu petang sangatlah best dengan angin sepoi-sepoi bahasa menghirup teh o suam dengan menikmati Karipap Mama. kenapa panggil nama karipap mama? 

Oh macam ni, karipap ni ownernya adalah seorang mama hehe, panggilan mesra mama atau Mama Rokiah.

Bercerita tentang karipap, ada pelbagai jenis karipap iaitu karipap ayam .. hmm best dah makan sedap. goreng sendiri hehe 

bila mama yang goreng dan sajikan kepada kami tiga beradik .. amboi bukan main aroma karipap ni menusuk ke hidung hehe .. apa tah lagi bila dimakan memang sedap sampai he hari ni.

karipap dalam gambar ni adalah karipap temosa. haa mesti uolss ingat karipap yang isinya kosong dan penuh kelapa kan?

Istimewanya karipap mama adalah isi ikan nya terasa dalam mulut, kelapa rasa sikit saja dan hirisan serai membuatkan kami terbuai dengan kerangupan karipap mama ni. 

Serius karipap mama memang sedap dan ternyata mama masak dari hati. Dan inilah kali pertama kami rasa karipap paling sedap!

karipap ni orang memang order banyak, beratus-ratus biji sekali order.. dah sampai ke Melaka, Kuala Lumpur dan ke negeri negeri yang lain.

Karipap ini boleh di tempah belum bergoreng atau dah pun bergoreng. boleh bincang dengan mama dulu ya. 




Sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi terus Mama Rokiah ditalian 013-996 4174 (Kuantan, Pahang) 

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com