2 May 2016

Kejayaan Kita Bergantung Pada Orang Lain?

Lapan puluh lima peratus (85%) daripada kejayaan anda bergantung kepada orang di sekeliling anda, pengetahuan yang anda dapat daripada orang lain serta kenalan-kenalan anda.

Saya pasti anda kenal multi-millionaire Robert Kiyosaki. Dalam salah satu temu ramahnya, Kiyosaki mengatakan bahawa dirinya ingin menjadi amat kaya, oleh itu beliau bergaul dengan bilionaires! 

Begitu juga motivator Anthony Robbins mengatakan dirinya merapati orang yang lebih berjaya daripadanya dan lebih bermotivasi daripada dirinya.




Bersama dengan Pengurus Meeraqas, Cik Ana, banyak ilmu 
dalam bidang sales


"Dalam menentukan bulatan kenalan anda, anda perlu memilih sedikit"

Bukan beerti tidak berkawan dengan sesetengah orang! Tetapi, dekati juga mereka yang lebih berjaya daripada anda, baca kisah-kisah mereka yang berjaya dan aplikasikan apa yang dapat dipelajari daripada bulatan kenalan anda yang berjaya. 


Alhamdulillah bulan ini dan pertama kali nya Meeraqas Boutique & Cafe dimana cikgu Cf dah hampir 1 tahun menjadi vendor garam nur di senaraikan top ten 10 sales bulan ini. 

terkejut. kaku . dari hasil usaha bersama dan izin Allah meletakkan garam nur di tempat yang ketiga. juga tahniah buat vendor yang lain. semoga kita terus berusaha lagi kuat lagi. ❤ 




Vendor Garam Nur kini di Meeraqas Pahang