31 May 2016

Seni Mengunci Jualan: Lakukan Perkara Yang Ditakuti


Temui lebih ramai pelanggan bagi mengurangkan perasaan takut bertemu pelanggan. Setiap hari apabila ramai pelanggan yang kita temui tanpa menghiraukan sama ada pelanggan memberikan respons positif atau pun negatif, 

sampai ke satu tahap di mana kita sudah tidak takut lagi bertemu pelanggan, Dengan menghadapi rasa takut itu secara berdepan, akhirnya kita memperolehi tabiat berani, Selepas kita mencapai tahap ini, baru kerjaya menjual kita meningkat naik.


Apabila rasa berani itu sudah bertapak dalam diri dan menjadi tabiat, kita sudah mampu berdepan dengan rasa ketakutan dan kegagalan. Pada ketika itu, seluruh hidup menjadi bertambah baik. 



Kita seronok serta estem diri dan keyakinan pada diri sendiri bertambah teguh. Apabila kekuatan dalaman sudah mantap, hasil luaran, seperti jualan turut meningkat.