1 November 2016

Kelas Pengajian Al-Quran

Dalam dunia kehidupan yang kian mencabar, Pusat Tahfiz Al-Quran & Sunnah An Nasyiruddin beralamat di B96-1 Kawasan Perniagaan Taman Guru, 25150 Kuantan Pahang komited untuk menyediakan kelas Pengajian & Sunnah.

OBJEKTIF
☑ Memberi peluang kepada masyarakat Islam setempat menuntut Ilmu Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W

☑ Melahirkan ummah yang berupaya membaca, menghafaz, memahami dan menguasai al-Quran

☑ Menyediakan Program Bimbingan Tahfiz Bestari untuk memberikan peluang dan pengalaman kepada peserta menghafaz Al-Quran mengikut kemampuan.

☑ Membentuk akhlak ke arah penghayatan sifat-sifat mahmudah & kecemerlangan akademik.

☑ Membentuk ummah yang berilmu, beriman dan beramal soleh serta menyampaikan kepada orang lain.

☑ Pengajian Kitab-kitab : 
Tauhid, Fekah, Tasauf, Tafsir, Hadis & Sirah Nabawiyah.

☑ Kelas Bahasa Arab

Memandangkan Pusat Tahfiz Al-Quran & Sunnah An-Nasyiruddin adalah sebuah institusi pengajian yang dikendalikan bukan bertujuan keuntungan “Non Profit” maka seluruh anggota masyarakat Islam diseru  untuk menghulurkan sumbangan infaq dalam bentuk material, spiritual, dan buah fikiran bagi menjayakan cita-cita murni ini Insya Allah.

Sumbangan ikhlas anda terus kepada Pengetua / Mudir
Tuan Haji Md Nasir Bin Yaakob Melalui nombor akaun 
➲ Maybank  1562 2610 0116
➲ CIMB 06112 290001 49793

☑ Rasulullah S.A.W ada bersabda : sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

☑ Belajar satu ayat daripada kitab Allah SWT lebih afdal (baik) daripada seratus rakaat (100) solat sunat.

☑ Bacalah Al-Quran dengan tartil (tajwid) kerana ia punya nilai yang sangat tinggi di akhirat nanti.

TERBUKA KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH, MENENGAH, IPT & ORANG DEWASA

Tajwid  1 Jam / Sesi 2x Seminggu
Hafazan 1 Jam 30 minit / sesi 2x seminggu

Hari & Masa Pembelajaran
✍ Isnin hingga Khamis  :
⌚ 10.00 pagi – 12.00 tengahari
⌚ 2.30 petang – 4.00 petang

✍ Jumaat – Ahad
⌚ 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Untuk pertanyaan & penyertaan
Sila hubungi :
☏ 019 – 697 0277 (Ustaz Tirmizi)
☏ 011-1337 6275 (Haji Nasir)

0 comments:

Post a Comment