3 November 2016

Kes lupa ambik sijil

Faham kenapa pelajar IPM tak ambil sijil dia, salah satu dua sebab dia adalah, pelajar takut nak tuntut sebab dah lama sangat,

baru hari ni dia terjaga dari mimpi bahawa sijilnya tak ada dalam simpanan, dua dia nak pergi temu duga, cek dalam koleksi sijil tengok tengok sijil tak ada, eh baru ingat la sijil belum tuntut,

bila nak tuntut baru teringat tak siapkan report dan yang ketiga masih ada pinjaman yang belum settle

lain-lain kes dah kerja tak dak masa nak pergi ambik, sekarang kan dah ada sistem pos, poslaju kan ada cewaah.

Itu lah yang cf kenal pasti lah kan, sebenarnya uol tak perlu nak takut pun, baik makan kepci kenss, uols terus whatsapp apa masalah yang uols masih tak dapat lagi sijil.

Helooo, kita tak boleh pegang sijil uols lelama tau, sebab kita dah tak buat kursus pejabat dan cf dah tak lagi bekerja di IPM ,

namun masih menjalankan tugas yang masih berbaki sehingga JUN 2017 , itu pun cf lanjutkan lagi ikutkan sampai penghujung Oktober 2015 , kenapa nak sambung handle sijil uols ? , pasai cf sayangg sangat kat uols tau

dan selepas ini cf mohon sangatlah tak ada lagi perkara berbangkit, pasai sijil ni tau? cf dah tulis dalam blog tapi kalau uols pun malas nak baca ? sendiri mau faham lah yea,

kalau pasal praktikal cf dah settle kan , peluang pekerjaan cf boleh bagi dan setiap bulan cf bantu,alhamdulillah dah ramai pelajar dapat kerja, yeayy cf pun happy uols ada life dan boleh pegang duit gaji sendiri.

okey . cf nak terangkan pasal lewat serah report mohon bayar denda saja , denda rm50  termasuk pos dan bagi tak jelas pinjaman mohon jelas sikit sikit kalau sebulan seratus lama lama akan habis juga.

Cf nak bantu uols tapi kalau uols tak mahu dibantu, cf doa moga Allah buka kan hati uols terima hakikat sijil tu kena ambik jugak haha

Okey memandangkan sekarang ni kos sara hidup tinggi , cf nak bantu lagi ni, ada DISKAUN bagi uols yang bertindak sepantas kuda berlari SMS gunakan kod ‘SIJIL’  berserta nama, ic, alamat, no.matrik (kalau ingat) hantar ke 011-1337 6596, cf akan bantu uols untuk sampai dapat sijil kursus ini yea. Sijil abam posmen hantar depan pintu rumah giteww.


Sijil ini hak uols , maka tuntutlah sebelum terlambat, rasa hilang beban amanah di bahu bila dah bagitau dalam blog ni . tenkiu sudi baca.

0 comments:

Post a Comment