7 January 2017

11 Cara cantikkan kulit muka!



🙋Salam hujung minggu. waktu cenggini . ada masa free. lets jom kita memanjakan diri. jom ikut tips kak nur share ini yea :) selamat mencuba 🌸
.
11 Cara cantikkan kulit muka!
.
Jika disebut urutan, kebiasaannya terbayang di minda urutan badan, bahu, atau kaki yang cukup melegakan. Jarang sekali bahagian wajah mendapat belaian sedemikian rupa. 

Tahukah anda, urutan wajah mampu mengekalkan kecantikan serta membaiki struktur kulit jika ia dilakukan dengan betul? Ayuh pelajari teknik urutan wajah yang cukup mudah ini!
.
.

Tip urutan: Wajah yang sedang berminyak selepas bangun daripada tidur merupakan waktu yang sesuai untuk melakukan urutan. Elakkan wajah berkedut lebih cepat dengan mengurutnya secara ke atas dan ke luar wajah.
.
.

LANGKAH 1
.
.
Lakukan tekanan secara lembut di sekitar rahang dan bawah dagu menggunakan belakang tangan. Dengan menukar tangan, dongak dan urut seluruh bahagian bawah leher meliputi telinga kanan ke kiri. Ia bertujuan untuk merangsang kulit sel.
.
.
LANGKAH 2
.
.
Menggunakan jari telunjuk dan jari hantu, secara perlahan tekan bahagian rahang dalam pergerakan sekata bermula dari dagu hingga ke telinga.
.
.
LANGKAH 3
.
.
Menggunakan jari jemari kedua-dua tangan, urut perlahan ke tengah dahi dengan kedudukan ibu jari pada rahang. Rapatkan tangan dan kekalkan keadaan tersebut sehingga empat saat dan ulang lagi.
.
.

LANGKAH 4
.
.
Pastikan jari telunjuk berada di depan telinga. Lakukan tekanan ringan dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan di bawah dagu kira empat minit dan ulang.
.
.
LANGKAH 5
.
.
Langkah ini membantu memperbaiki aliran darah dan menyingkirkan toksin. Jari digenggam dan ditekan lembut di bawah dagu manakala ibu jari ditekan lembut menghala ke atas di sekitar mulut, bahagian bawah hidung, sekitar lubang serta kelopaknya.

LANGKAH 6
.
.
Tekan sepanjang bahagian atas tulang pipi dan urut dengan gerakan menghala ke atas menggunakan jari.
.
.
LANGKAH 7
.
.
Menggunakan jari hantu dan jari manis, tekan bahagian atas batang hidung ke hujung kening perlahan-lahan dalam kiraan lima saat.
.
.
LANGKAH 8
.
.
Gunakan jari manis dan picit perlahan-lahan bahagian bawah mata menghala ke kelopak mata dalam keadaan mata dipejamkan.
.
.

LANGKAH 9
.
.
Kedua tapak tangan diletakkan di antara kening dan anak rambut. Usap bahagian berkenaan perlahan-lahan. Langkah ini dipercayai membantu mengurangkan garis-garis halus pada wajah.
.
.
LANGKAH 10
.
.
Tapak tangan ditekup ke muka dengan mata dipejamkan. Tekan tapak tangan perlahan-lahan sehingga anda merasai tekanan. Biarkan untuk beberapa saat dan ulang lagi.
.
.
LANGKAH 11
.
.
Langkah terakhir, tekan seluruh sisi leher bahagian kiri menggunakan tapak tangan dan jari. Lakukan di bahagian pangkal leher hingga ke rahang. Ulang langkah ini menggunakan tangan kiri pula.

===========================================

NUR Therapy Salt juga membantu melancarkan perjalanan darah dan kembali cantik berseri hanya 10 minit dengan cara tekapkan garam nur di wajah.
.
.
Selamat mencuba ya :)

#NURHS
#NURTherapySalt
#GaramNUR
#NURBeautyTips
#Petua
#Cantik
#TBA
#TBANIAGA5

.
💻 Kedai Online 
www.nurhimalayansalt.com
.
#NurHimalayanSalt #NurBeautyTips #GaramNur

0 comments:

Post a Comment