12 March 2018

Posted by CF Nur Farizan on March 12, 2018


Pengeluar perkakasan rumah Korea, Cuckoo Electronics Co Ltd, merancang untuk membina kilang bernilai RM100 juta di Malaysia untuk menghasilkan produk penulen air.

Pengembangan pembuatannya ke Pelabuhan Klang, Selangor akan merapatkan jurang permintaan susukan pertumbuhan pesat di Asia Tenggara dengan potensi pasarannya yang besar, selain mengurangkan kos pengangkutannya.

Bercakap kepada pemberita pada sambutan Ulang Tahun ke-40 Cuckoo dari 4 hingga 10 Mac 2018 di Seoul, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Brian Koo Bon Hak, berkata: "Kami menyemak hartanah dan menjalankan kajian daya maju.

Mengenai masa depan, katanya, syarikat yang menduduki tempat pertama bagi periuk nasi di Korea Selatan, dijangka membina dua kilang lain di Indonesia dan India untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pada masa ini, ia mempunyai dua kilang yang terletak di Yangsan dan Siheung, Korea Selatan dengan jumlah kapasiti pengeluaran lebih 4.5 juta set setahun.

Produk utama Cuckoo Electronics termasuklah periuk periuk tekanan elektrik pelbagai fungsi, periuk nasi elektrik, penulen air, penulen udara, pelbagai induksi dan alat memasak.

Sasar Jualan RM5.85 Bilion

Sementara itu, Koo berkata, syarikat terbabit menyasarkan untuk meraih jualan sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.85 bilion) pada tahun ini berbanding AS$760 (RM2.96 bilion) tahun lalu, dengan menaawarkan lebih banyak portfolio produk dan memasuki Vietnam, India dan Indonesia, untuk mencari pelanggan baharu.

"Kami menambah banyak barisan produk seperti bukan sahaja periuk nasi dan penulen air tetapi juga pengisar, pelbagai induksi, penjagaan kesihatan dan penjagaan haiwan kesayangan."

"Kami sudah mengambil langkah untuk memperluaskan daripada satu pasaran kepada pasaran lain. Kmai memulakan perniagaan di Malaysia sejak dua hingga tiga tahun yang lalu dan sudah memulakan perniagaan di Brunei dan Singapura pada tahun lalu."

"Kami menyasarkan Indonesia, begitu juga Vietnam dan India, Dan kami turut berfikir untuk meninjau pasaran AS dan China," katanya.

Cuckoo Electronics, untuk mempromosikan jenamanya, mengumumkan penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Lee Seung-Gi, sudah menandatangi untuk menjadi duta global yang baharu bagi semua produknya.

Ini termasuklah penulen air beralkali sederhana, periuk serba guna dan penapis udara.


Lee, yang terkenal melalui peranan utamanya dalam siri TV Korea popular, A Korean akan muncul dalam kempen pengiklanan syarikat itu di Korea Selatan, Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Peluang Kerja Kepada Rakyat Malaysia

Bagi perniagaan di Asia Tenggara, Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International (Malaysia) Sdn Bhd, Hoe Kian Choon, berkata beliau yakin untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM500 juta bagi 2018 berbanding RM208 jutga pada tahun lalu.

Syarikat itu akan menambah Brandstore dan Brandkiosk kepada 600 berbanding hanya 330 pada tahun lalu dan terus menawarkan perkhidmatan dengan kualiti terbaik kepada pelanggan.

Beberapa penapis udara dan penulen air baharu serta dapur induksi akan diperkenalkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, katanya, sambil menambah aplikasi mudah alih bagi membolehkan pelanggan membuat temujanji bagi perkhidmatan penyelenggaraan produk mereka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Mengenai kilang baharunya di Malaysia, Hoe berkata, pembinaan kilang itu dengan kos minimum RM100 juta akan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan mengukuhkan operasi perniagaannya.

"Kilang ini amat bermakna kepada perniagaan Cuckoo. Kami bukan sahaja mahu memberi peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia tetapi kami juga mahu menyumbang kepada kepada rakyat Malaysia," katanya.


Akhbar Berita Harian, 12 Mac 2018, Isnin
Di taip Semula Oleh : nurfarizan.com