Tentang Saya




Bismillah. Terima kasih sudi bertandang ke laman blog saya. Nama saya Nur Farizan binti Muhd Nasir.  Saya lebih mesra dengan panggilan CF  yang bermaksud Cikgu Farizan.

Saya berasal dari Johor. Berpengalaman dalam bidang Pengurusan Pejabat selama 15 tahun.

Antara bidang tugas saya ialah Pengambilan Pelajar, Pengurusan Pelajar, Peperiksaan dan Latihan Industri.

Mata pelajaran dalam bidang pengurusan pejabat tidak lari hanya sebagai Pembantu Tadbir sahaja ianya mencakupi banyak aspek antaranya Kecekapan Menaip, Pentadbiran Pejabat, Asas Akaun, Trengkas, MS Office : MS Word, MS Powerpoint, MS Excel & MS Access

pelajar dari  usia 18 tahun hingga 30 tahun tidak ketinggalan mempelajari ilmu Motivasi Kerjaya, Mengenali Potensi Diri, Bengkel Temu Duga Kerja, Penyediaan Resume Berkesan & Bengkel Solekan.

Pengalaman dari tahun 2008 dalam penjagaan diri dari sudut kesihatan mental dan fizikal  semasa melatih pelajar dan orang awam membawa saya ke bidang sekarang iaitu Pengasas Mandian Terapi & Rendaman Kaki  di bawah label NUR Himalayan Salt yang kini memasuki tahun ke dua.

Sesungguhnya saya meminati dan mendalami ilmu petua orang-orang lama dan cintakan bahan alami dalam perawatan.

Pengalaman  mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan dan  mata , organ badan dan ilmu refleksologi lebih ratusan orang membuatkan saya yakin dan diperlukan dalam masyarakat memandangkan peratusan tinggi penyakit kronik di Malaysia saban tahun kian meningkat.


Semoga niat membantu dan mendidik ramai orang dalam penjagaan kesihatan tanpa mengamalkan ubat dan bahan kimia dipermudahkan. Aamiin. ☺





NO.KEAHLIAN : IM-021212-00923


Nur Farizan
Blogger since 2009







0 comments:

Post a Comment