Assalamualaikum, Saya Sinan, Pengasas Didi & Friends dan
Omar & Hana. Sekarang saya bawakan kepada anda Durioo+.
KENAPA Durioo+ ???
Y***Tube telah menjadi salah satu platform utama yang
digunakan oleh kanak kanak di zaman digital sekarang ini. Sebagai platform
percuma antarabangsa dan terbuka kepada semua, kita tidak boleh kawal
sepenuhnya video apa yang mereka tonton.
Ini menyebabkan kanak kanak banyak terdedah kepada
konten bertentangan dengan ajaran Islam contohnya Christmas, Hanukkah dan
lain-lain.
Terdapat banyak konten tidak senonoh seperti
seksual, mabuk atau agresif dan bermacam lagi yang cuba menyamar sebagai konten
kanak kanak walhalnya tidak bermanfaat. Saya bagi contoh, Huggy Wuggy dan Happy
Tree Friends.
Baru-baru ini, salah satu platform antarabangsa yang
terkenal telah mengumumkan bahawa 50% konten mereka akan menyokong LGBTQ.
Bukan mereka sahaja, malah pelbagai lagi platform dan rancangan yang turut sama
makin berani menyerlahkan agenda LGBTQ di dalam konten mereka. Apatah lagi
kedalam konten untuk kanak-kanak.
Usaha menormalisasikan LGBTQ secara besar besaran di
peringkat antarabangsa ini perlu dibendung kerana ia bercanggah dengan
ajaran Islam. Platform percuma pula seperti Y**Tube yang diminati kanak
kanak dipenuhi dengan Iklan yang mengarut yang boleh memberikan impak
negatif kepada anak-anak.
Disebabkan oleh konsep ‘open platform’, kita sebagai ibu
bapa tidak boleh mengawal iklan apa yang akan ditonton oleh anak-anak
kita. Di luar sana, susah untuk mendapatkan konten yang mempunyai nilai islamik
untuk kanak-kanak terutamanya untuk kanak-kanak 2 hingga 12 tahun. Anak-anak
perlu didedahkan kepada konten menarik yang mempunyai nilai islamik untuk
membina Ummah yang baik daripada kecil
Bahaya sebenarnya kalau dibiarkan anak seorang-seorang
menonton video-video yang kontennya tidak diketahui sepenuhnya. Ini kerana:
Anak-anak Islam membesar dengan konten yang bertentangan dengan
ajaran Islam
Anak-anak lebih mengetahui tentang Christmas, Halloween
lebih daripada Peristiwa Islam seperti Isra’ Mikraj.
Anak-anak Islam membesar dengan konten yang tidak elok
Anak-anak mula belajar bertutur dengan perkataan yang tidak
beradab, perangai yang tidak elok, malah ada mula aggresif, mengamuk dan
memukul.
Anak anak merasakan pergaulan bebas itu adalah perkara
biasa, dan dinormalkan dengan perkara seksual dari umur yang muda. Malah
tertarik untuk mencuba benda benda haram seperti arak, rokok dan pelbagai lain
yang memuratkan.
Anak-anak Islam membesar tanpa pengetahuan asas Islam
Lebih mengetahui untuk menyebut WTF dan juga Oh My God
daripada menyebut, Alhamdulillah, AllahuAkhbar, Nauzubillah.
Anak-anak Islam menganggap LGBTQ itu Normal
Tidak hairan jika tidak dibendung, budaya tidak elok seperti
LGBTQ akan kian menular di kalangan anak-anak kita di masa hadapan selepas LGBT
ini dinormalisasikan.
Anak-anak belajar untuk meminta benda yang diiklankan
Terpengaruh dengan iklan mengarut seperti permainan digital
mahupun fizikal. Dengan teknologi sekarang dimana kebanyakan akaun bank atau
kad kredit ibu bapa akan dikenakan cas terus dengan satu klik sahaja.
Jika ibu bapa enggan membeli apa yang diiklan, anak anak
akan mengamuk atau sedih, lalu merenggangkan hubungan dengan ibu bapa.
Perasan tak ciri-ciri diatas mula terbit dari perwatakan
anak-anak? Jika jawapan anda lebih banyak YA dari Tidak, maka anda perlu risau
dan mula memikirkan masa depan anak anda. Jika anda tidak bertindak dari
sekarang, ia akan menjejaskan peribadi apabila mereka dewasa kelak.
Hiba Apabila Saya Terima Mesej Luahan Dari Ibubapa
Saya adalah diantara Pengasas dan team yang menghasilkan
kartun Omar & Hana. Sebuah kartun yang menerapkan nilai islamik untuk
tontonan kanak-kanak.
Melalui Omar & Hana, kami telah menerima feedback
daripada Ibu Bapa yang menyatakan kurangnya konten untuk Kanak-Kanak
berumur 2 hingga 9 tahun yang mempunyai nilai Islamik dan pada umur
begini lah pentingnya untuk membentuk asas agama yang baik pada diri
anak-anak.
Ramai ibubapa menghubungi kami, meninggalkan komen di
pelantar tersebut dan melahirkan rasa kecewa, marah, keliru, terhadap
animasi-animasi yang kami upload. Mereka mengadu animasi kami mengandungi
iklan-iklan forex, produk dewasa, judi dan pelbagai jenis iklan yang tidak
sesuai untuk anak-anak.
Walaupun ada tetapan ‘Parental Control’, Y***tube
sendiri adalah dibuat untuk pasaran Amerika, jadi apa yang sesuai dipasaran
mereka kebanyakan tidak sesuai untuk kanak kanak Islam
Langgan Durioo+ Sekarang dan berpeluang memenangi Android TV 43″