Panduan warna pakaian harian anda.


PANDUAN WARNA PAKAIAN HARIAN MENGIKUT FITRAH ALAM DAN PSIKOLOGI
Digubal semula: Dr. Muhammad Aziz Shah Mohamed Arip/ drazizshah-nlp-est.blogspot.com

Hari : Isnin 
Warna Pakaian Harian : Putih
Psikologi  Warna :  Psikologi putih melambangkan ketenangan,  keheningan dan kesucian. Putih menangani stres.

Hari : Selasa
Warna Pakaian Harian : Pink, Violet
Psikologi Warna : Pink adalah kasih sayang, mencintai dan penuh emosi kasih dalam perhubungan manusia.

Hari : Rabu
Warna Psikologi Harian : Biru
Psikologi Warna : Biru warna komunikasi, suka berbual, meluahkan idea dan niat. Biru juga warna penawar bagi penyakit dan racun.

Hari : Khamis
Warna Psikologi Harian : Kuning, Oren
Psikologi Warna : Kuning pada waktu pagi adalah kreativiti dan oren pada waktu petang adalah keinginan, nafsu dan cita-cita.

Hari : Jumaat
Warna Psikologi Harian : Hijau
Psikologi  Warna : Hijau adalah warna ilmu, fakta dan kehidupan yang sentiasa hidup atas ilmu dan muhasabah diri.

Hari : Sabtu
Warna Psikologi Harian : Merah
Psikologi Warna : Merah adalah warna bertindak, aktif, agresif dan memulakan sesuatu.

Hari : Ahad
Warna Psikologi Harian : Hitam
Psikologi Warna : Hitam bukan warna, tetapi ketiadaan cahaya. Psikologi hitam adalah kekuatan yang menarik semua tenaga alam menjadikan diri lebih kuat, berevolusi, berkeyakinan dan teguh.

 di taip oleh www.nurfarizan.com

Doa Ketika Hujan




Doa Ketika Hujan 
(Setiap titis hujan adalah doa)

"Dari Sahl bin Sa'ad r.a,
Rasulullah S.A.W bersabda :

Dua DOA yang tidak pernah ditolak:

DOA ketika waktu azan dan 
DOA ketika waktu hujan"

(Abu Daud & Ibn Majah)

Ketiadaan REZEKI Adalah Satu REZEKI




Ketika mana anda tidak dikurniakan rezeki berbentuk makanan, minuman, pekerjaan dan perniagaan, akan datang pula rezeki lain, iaitulah rezeki balasan baik dan pahala dari Allah S.W.T. bukankah kita semua akan diberi pahala apabila bersabar dengan setiap musibah yang menimpa. 

Oleh yang demikian, apabila ada rezeki di dunia yang kita tidak memperolehinya, ia akan membuka pintu rezeki yang lain, iaitulah rezeki akhirat yang sudah tentu ianya lebih utama. Allah Taala berfirman, “ dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu berbanding dunia”.




Maka Jadilah Ketiadaan Rezeki Itu Satu Rezeki



Seseorang yang bijak, adalah orang tahu membezakan apakah rezeki yang biasa  dan apa pula rezeki yang hakiki. 

Ramai di kalangan kita, jika ditanya apakah rezeki yang telah Allah kurniakan kepadanya, kebiasaannya jawapan pertamanya adalah makan, minum, anak-anak, kerjaya, barangkali juga rumah atau seumpamanya. Tidak. Rezeki bukan terhenti sekadar yang itu sahaja. 

Bahkan terdapat rezeki yang lebih afdhal, iaitulah rezeki yang kekal, kerana rezeki yang kekal lebih utama dari yang tidak kekal. 

Sesesungguhnya rezeki berbentuk balasan baik dan pahala itu adalah rezeki yang kekal. Adapun rezeki harta benda adalah rezeki sementara. 


Oleh itu, solat yang kita tunaikan dikira rezeki , zikir-zikir yang kita baca pada pagi dan petang, selepas fardhu semuanya adalah rezeki. 

Ketika mana anda sedang tidur kemudian anda bangun pada sepertiga malam, anda bersendirian, tidak diperhatikan sesiapa, anda bangun, anda tunaikan solat dua rakaat, perkara itu adalah rezeki. 

Sehinggakan ketika anda tidak mengabaikannya, ia juga rezeki, kerana berapa ramai yang langsung tidak bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh.




Demikian juga, ketika anda berhadapan dengan ujian, lalu Allah kurniakan kekuatan bersabar menghadapinya, sehinggalah ujian itu selesai. Itu juga satu rezeki. 

Satu lagi contoh, ketika anda di rumah bersama orang tua anda, lalu bapa anda meminta secawan air kepadanya, maka ia juga satu rezeki. 

Ini kerana jika anda tiada di rumah ketika itu, sudah tentu perkara itu dilakukan oleh adik-beradik anda yang lain. Bukankah juga, kadangkala ketika menunaikan solat, anda merasakan fikiran anda melayang-layang. 

Tiba-tiba anda tersedar, lalu bersegera memberikan tumpuan kepada solat. Rasa tersedar ini adalah daripada Allah dan ia merupakan satu rezeki.
 
Inilah dia rezeki hakiki, iaitulah rezeki yang kekal sehingga hari kiamat, yang akan tercalit di dalam buku catatan amalan anda di akhirat kelak. 

Kita semua berharap agar buku catatan amalan kita diserahkan pada tangan kanan kita. Inilah rezeki hakiki, ia bukanlah sebuah kereta, bukan juga sebuah rumah, bukan juga sejumlah bayaran gaji yang lumayan.

Oleh itu sebelum kita bersedih dilewatkan kurniaan rezeki, kita wajib terlebih dahulu mengetahui, apakah rezeki yang wajar ditangisi kelewatannya, dan apakah pula rezeki yang kelewatannya itu dikira sebagai suatu rezeki yang lain pula.

Motivasi ini menginsafkan aku 
- Ketiadaan REZEKI  Adalah Satu REZEKI 

Ya Allah aku bersyukur apa yang telah kau 
kurniakan untuk ku. Syukur.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Kelebihan Manzil – Mencegah dan Merawat Sihir

gambar carian google



















Soalan:
Apa itu manzil?

Jawapan:
Manzil ialah satu set ayat-ayat suci al-Qur'an al-Kareem yang digunakan untuk mencegah dan merawat sihir.
Kewujudan sihir disebut dlm al-Qur'an al-Kareem,

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);

kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".

Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.  [2:102]

Manzil diasaskan oleh Shaykh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi RH, seorang sufi dari Tarekat Chishti yang berasal dari sempadan India-Pakistan.

Antara senarai manzil yang terdapat dalam al-Qur'an al-Kareem:
1. Surah Al-Fatihah [1:1-7].
2. Surah Al-Baqarah [2:1-5].
3. Surah Al-Baqarah [2:163].
4. Surah Al-Baqarah [2:255-257].
5. Surah Al-Baqarah [2:284-286].
6. Surah 'Ali 'Imran [3:18].
7. Surah 'Ali 'Imran [3:26-27].
8. Surah Al-'A'raf [7:54-56].
9. Surah Bani Israil [17:110-111].
10. Surah Al-Mu'minun [23:115-118].
11. Surah As-Saffat [37:1-11].
12. Surah Ar-Rahman [55:33-40].
13. Surah Al-Hashr [59:21-24].
14. Surah Al-Jinn [72:1-4].
15. Surah Al-Kafirun [109:1-6].
16. Surah Al-Ikhlas [112:1-4].
17. Surah Al-Falaq [113:1-5].
18. Surah An-Nas [114:1-6].

Ayat-ayat manzil ini boleh dibaca sekali atau dua kali sehari (pada waktu pagi dan petang).

Bacaan ini dibacakan oleh Shaikh Mishary