Meletakkan asid terlalu banyak dalam badan anda adalah seperti meletakkan
racun di dalam tangki ikan. Mungkin beberapa tahun yang lalu anda ada membeli
tangki ikan dan memelihara beberapa ekor ikan mas untuk anak-anak anda.
Setelah kedua dua ekor ikan mas anda mati. Barulah anda sedar bahawa
kunci utama dalam menjaga ikan hidup adalah keadaan air. Jika keadaan air tidak
sesuai , maka ikan peliharaan anda akan cepat mati. Anda boleh menyebabkan
kematian ikan dengan cepat jika anda memberi makan makanan yang salah!
Sekarang, bandingkan hal ini dengan keadaan "tangki ikan
mas." Yang berada di dalam diri anda. Ramai di antara kita mengisi tangki
ikan kita dengan bahan kimia, toksin dan makanan yang salah serta boleh
mengurangkan keseimbangan pH dalam tubuh. Apabila pH dalam badan berasid secara
otomatik akan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel.
Seperti yang telah saya sebutkan di atas keadaan ini merupakan
permulaan atau langkah awal kehadiran penyakit kanser degeneratif.
Sejak dari awal penulisan, saya fokus memberi kefahaman anda bahawa sel
kanser hidup dengan suburnya apa bila tubuh kita berada di dalam keadaan pH
berasid dan hipoksia. Anda perlu kembalikan keseimbangan pH anda kepada pH
alkali dan oksigen.
Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi lengai atau tidak
merbahaya. Salah satu cara untuk mengembalikan keseimbangan pH kepada
alkali adalah berhenti mengambil makanan dan minuman yang membuat badan
anda berasid. Soda dan minuman bergas mempunyai pH sekitar 2, oleh itu ia
adalah 100,000 (105) kali lebih berasid daripada air dengan pH sekitar 7.
Orang yang mengambil sejumlah besar soda, minuman bergas dan
alkohol. adalah biasanya sangat berasid dan "kanser magnet." Satu
gelas soda atau minuman bergas dapat mengurangkan tindak balas imun
sebanyak 50% bagi tempoh enam jam. Senarai berikut menunjukkan contoh
“peralihan makanan” yang harus di ikuti oleh seorang pesakit kanser.