KERJAYA | KESIHATAN | RAHSIA ALAM | REVIEW

Bagaimana Stres Bahayakan Otak



Usai mesyuarat terserempak dengan Jay. Pelajar tahun akhir. Sepatutnya sedang internship di organisasi luar universiti.
.
Kami bersapa. Bersalam. Jay genggam erat tanganku. Luar dari kebiasaan.
.
"Ada apa Jay?" Aku cuba pancing isu yang berlegar di kepala Jay. Rupa Jay hilang seri. Tanda stres sedang berpesta.
.
"Stres dengan internship," terpacul dari mulut Jay. Aku angguk. Terus tadah telinga.
.
Jay ceritakan isunya. Satu persatu. Dari penyelia ke tempat dia ditempatkan. Semuanya tidak kena.
.
Belum sempat aku menyelit, pensyarah yang dinanti Jay. Muncul. Bualku dengan terpaksa dipotong pendek.
.
Jay berlalu. Ikut pensyarahnya dari belakang. Aku hanya memerhati. Menarik nafas.
.
Stres bukan sekadar kata. Ia ada kesan neurobiologi. Kebetulan Neurobiologi adalah subjek yang akan aku ajar semester depan.
.
Ada 12 kesan stres ke atas OTAK. 3 dikongsi di pentas fb. Yang lain akan disuratkan di atas lembaran kertas. Diangkat jadi buku.
.
3 Kesan stres:
.
1. Keluar hormon kortisol dengan banyak. Hormon ini sebabkan kita gemuk, kanser, diabetes dan penyakit jantung. Ada banyak kajian perihal ini.
.
2. Kortisol juga sebabkan lambakan hormon glutamate. Makanan yang diletak MSG juga sebabkan glutamate berlambak.
.
Glutamate sebabkan radikal bebas. Ia menyerang OTAK. Sama seperti kesan oksigen karatkan besi. Bayangkan besi yang berkarat. Gantikan besi itu dengan OTAK kita.
.
3. Stres sebabkan kita jadi pelupa. Ia menyerang bahagian memori. Sel OTAK bahagian ini jadi lemah. Ia aktifkan bahagian emosi.
.
Sebab itu apabila stres kita menjadi seperti bentaraguru. Asyik meletup. Emosi tidak stabil.
.
Teman, anak dan pasangan jauhkan diri.
.
Stres bahaya. Melemah dan membunuh sel OTAK. Mesti belajar cara tangani stres.
.
Ada yang nak belajar cara tangani stres - BRAIN-BASED STRESS MANAGEMENT?


#DrOtak Oleh Dr Rizal Abu Bakar
Share: