Resepi Kuih Lopeh


Kuih lopeh sedap dimakan waktu pagi atau petang, kuih tradisi orang dulu-dulu menjadi pilihan kita dan tak lapuk dek zaman.

Ini rupa bentuk dah siap, memang sedap secukup rasa 😋 okey jom kita tengok bahan-bahan kuih lopeh.

Kita perlu sediakan untuk pulut, kelapa untuk salut & air gula untuk dimakan bersama kuih lopeh.


Bahan & Cara Masak Pulut :
📌 3 cawan beras pulut. CF guna cawan kopiko. nak guna cawan lain pun boleh. 
📌 3 helai daun pandan. blender dengan air.
📌 3 cawan air dibahagikan dua gelas air putih dan satu cawan air daun pandan 
📌 1 titik pewarna hijau epal Star Brand
📌 Secubit Garam Bukit Himalaya


blend daun pandan bersama 1 cawan air. lebih pun tak apa. nanti nak masukkan Dalam pulut sukat satu cawan taw 😉


Tapiskan air daun pandan



3 cawan beras pulut. inilah dia cawan kopiko. Beli kopiko dapatla free cawan / mug ini yea


bila air daun pandan dan setitik pewarna bertemu 


📌 P/S : cadangan masak dalam rice cooker lebih kurang 20 - 30 minit. sejukkan masuk Dalam loyang. saiz tinggi 1.5 ke 2 cm. tekan dan ratakan. boleh guna plastik / sarung tangan untuk tekan rata. terap dengan cawan kopiko 


Bahan & Cara Masak Air Gula :
📌 1 Gula Kabung
📌 1 Cawan Gula Merah
📌 Daun Pandan
📌 2 Cawan Air Masak

P/S : Masukkan kesemua bahan dan masak 10 - 15 minit. Guna api kecil



Gula Merah Cap Bintang 



1 cawan gula merah. CF guna cawan kopiko untuk sukat. mudah bukan 😊



Gula Kabung 

Bahan & Cara Salut Kelapa :
📌 250gm atau sebelah kelapa parut
📌 1 sudu kecil garam bukit himalaya

Gaul rata untuk salut dengan pulut yang dah diterap tadi.



Okey inilah hasilnya



Untuk lebih sedap CF guna Garam Masakan Pure Salt by NF Natural ( Nama lama Nur Himalayan Salt)

boleh dapatkan di





Comments

Popular posts from this blog

Info : Garam Himalaya