Apa Itu Garam


Garam ialah nama umum bagi sodium klorida. Tidak dinafikan sejumlah kecil sodium adalah penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandungi sodium, termasuk darah.
.
Mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah di antara 9 hingga 10 gram termasuklah yang dikenali sebagai "garam tersembunyi".

Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan-bahan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin penambah perisa dan kiub perasa.

Makan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi.
.
Yang paling banyak garam ialah makanan yang diawet. Antaranya ialah :

📌 Telur Masin - 500 mg

📌 Ikan Masin - 1,500 mg

📌 Buah Jeruk (masin) - 1,000 mg

📌 Udang Kering - 4,000 mg

📌 Belacan - 1000 mg

Oleh itu, berpada - padalah apabila menggunakan bahan - bahan masin.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Allah  memberikan rahmah kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannnya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya." (Riwayat al-Ibn-an-Najjar)




0 comments:

Post a Comment