Pages

Lala Goreng Cili Padi


Sesekali ubah menu tengahari okey jugakan, happykan  diri reward dengan masakan yang sedap.

First time buat ni. Ikut resepi dalam whatsapp. Happy lunch 😊

Bahan:

Tiga tangkai cili merah
Tiga ulas bawang merah
Dua ulas bawang putih
Sedikit halia
Dua batang serai (diketuk)
Garam
Gula
Satu kg lala
Cara Menyediakannya:

1. Kisarkan cili merah, bawang merah dan putih serta halia.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar serta serai sehingga naik minyak dan wangi.

3. Masukkan lala dan kacau semua bahan sehingga rata.

4. Masukkan garam dan gula. Goreng hingga lala masa dan kemudian tutup api dan dihidangkan.

Resepi oleh Maira Nasir

0 comments:

Post a Comment