Pages

Pahang Cuti Hari Kelepasan Am Pada 30 dan 31 Julai 2019


Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Pahang ditetapkan selama dua hari pada 30 dan 31 Julai 2019 (Selasa & Rabu).

Ia adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai juga ialah Hari Pertabalan Baginda sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Oleh kerana dua peristiwa yang berbeza jatuh pada hari yang sama tersebut, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memberikan Hari Kelepasan Am pada kedua-dua hari berkenaan sebagai menandakan peri mustahaknya.

Semoga dengan ini, rakyat Pahang dapat menghargai seterusnya menggunakan Hari Kelepasan Am selama dua hari yang diberikan ini dengan sewajarnya, In sya Allah.

Kredit : Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
www.wanrosdy.com