23 November, 2019

Resepi Dadih Jimat Mudah dan Sedap



Resepi ni saya olah sendiri. ramai yang cakap sedap dan selalu cakap nak lagi.. korang boleh try buat untuk famly dulu sebelum buat untuk bisnes ya. bagi depa komen duluuu naa

Resepinya:

✅1 paket serbuk dadih ( boleh dapatkan kat pasaraya/kedai runcit, biasanya harga rm5-6, pilih la nak perasa apa. Saya guna jenama macam dalam gambar ni)

✅1 tin susu pekat (saya suka guna jenama marigold merah tu, sebab rasa lemak dan manis dia seimbang)

✅2 botol besar air masak (ambil botol mineral yang 1.5liter tu)

✅1 sudu kecil garam (garam penting untuk bagi rasa lemak dan mengelakkan dadih kita ceroi)


📍*resepi saya ni memang tak masukkan gula dan susu cair.. ia akan jadi lemak bila dah masukkan garam ya. jimat kan? 😇

Okey cara-caranya ialah:

1) Ambil periuk yang boleh menampung air sebanyak 2 botol
2) Buka api dan masukkan air,serbuk dadih,susu dan garam
3) Kacau perlahan-lahan sampai sebati semua bahan tu
4) Bagi ia mendidih kejap dan terus tutup api
5) Akhir sekali, masukkan dalam bekas dadih.
6) Bagi sejuk sikit letak dalam peti ais, pastu boleh la makan sejuk-sejuk. sodap tau

P/s: Bila mendidih, cepat2 tutup api tau. takut nanti dadih tu mendidih keluar dari periuk.. masa saya buat, tak sampai 15 minit pun dah siap. jangan risau sakit perut la na, sebab kita dah guna air masak tau.

Tak pernah timbul isu sakit perut masa saya beniaga dulu. Kalau nak buat layer-layer cam dalam gambar yang saya buat tu, korang kena beli 3 perisa la...masak perisa 1 dulu, then masukkan dalam bekas dadih yang korang nak.

 biarkan dulu ia keras sikit. Sementara nk tunggu ia keras tu, masak la perisa kedua pula. pastu ambik senduk dan masukkan perlahan-lahan dalam bekas dadih yang ada layer pertama tadi. pastikan layer pertama tadi dah sedikit keras tau.

Carian : Google
Kalau tak, tak menjadi layer la. jadi bergabung meletop kebomm pula warna dan rasa dia jadi entah apa-apa nanti...hehe...jangan salahkan saya pula ya. .pastu buat lapisan 3. ulang je macam tadi na. bagi lapisan kedua tu keras sikit, baru masukkan lapisan terakhir. ikut kreativiti la.

nak 2 layer pun boleh, dan kalau rajin sangat, buat la 4-5 layer pun....tak dak sapa nak marah aih. dan kalau malas sangat, tak nak layer pun tak pe

Boleh terus share ya saya halalkan semua