06 August, 2022

Duit ni Sebenarnya Ada Di Sekeliling Kita

 


Duit ni sebenarnya ada di sekeliling kita. Kita aje tak perasan. Eh, biar betul?


Takkan duit ada di sekeliling kita? Kalau ada takkan aku tak nampak? Memang anda tak nampak. Bayangkan macam ni .

Kalau adalah seorang tu, entah dari mana entah, dari Kemboja ke, dari Myanmar ke, dia datang kampung kita.

Dah tu dia menumpang di hujung kampung dan dia akan ada di situ  malahan tak mati kelaparan

Tak pernah kita dengar ada orang masuk kampung kita mati kelaparan sebab taka da duit, kan? Mesti ada duit. Macam mana pun tetap ada duit.

Macam mana dan dari mana dia dapat tu? Itu menunjukkan duit ada disekeliling kita, kita aje tak sedar atau kita tak nak duit tu.

Jadi, sempena segala naik, tak guna kita marah-marah suruh semuanya tu turun balik, sebab payah jugak nak turun balik,

apa kata kita gunakan tenaga kita, kudrat kita, perasaan kita, emosi kita, kemahuan kita, untuk tambah duit. Dalam Bahasa manis tambah pendapatan.

0 Comments:

Post a Comment