Khamis, Ogos 18, 2022

9 Tips Ruang Bilik Sentiasa Segar Dan Tak Lagi Rasa Lemau dan Kusam

BY Admin No comments

Bilik adalah tempat berehat paling aman. setelah penat bekerja situ lah tempat kita berehat dan nak kan suasana bilik yang sentiasa segar adalah dengan kemas susun kawasan bilik kelihatan kemas , sejuk mata memandang dan yang paling best adalah boleh buat amalan supaya ruang bilik tak nampak kusam asyik nak tidur dan tidur walaupun dah tidur yang cukup


1. Kemas bilik , sapu atau vaccum , paling okey mop kawasan lantai bilik 

2. Kutip samapah dan buang sampah dalam tong sampah luar rumah. jangan ada pula saki baki sampah dalam bilik 

3. Kemas ruang katil , bantal tu ditepuk tepuk dan alas cadar di kemas rata. Selimut dilipat rapi dihujung katil. Paling bagus seminggu sekali tukar alas cadar supaya tak melekat apa apa kekotoran masa kita tidur dan melekat pada kulit kita atau badan kita

4. Lap habuk kawasan tepi tingkap, meja solek orang dulu dulu panggil meja sikat , gunakan kain basah. Buka tingkap supaya ada udara luar masuk.

5. Baju dilipat dan digantung supaya kemas tersusun.

6. Bersihkan toilet jika ada toilet dalam bilik. kemas tersusun wangikan bilik air kita, bila masuk tu tenang jer kan nak mandi 

7. Campurkan garam bukit 2 sudu besar dengan hirisan setengah limau nipis atau limau purut . nak lagi best titiskan essential oil lemon supaya bilik keadaan segar. 

8. Pasangkan kipas atau penghawa dingin supaya angin udara yang berlalu pergi tu akan bantu kita hidu bau lemon 

9. Jika ada lampu bilik yang malap tukarkan kepada yang terang, bila malap ni boleh sakit kan kepala kita.

Oh ya garam bukit menyedut segala bau yang negatif contohnya bau kepam, atau bau sewaktu dengannya . Essential oil lemon pula bila kita sedut bau akan segar , bertenaga. kalau fragrant pula sekadar bau ajelah , tak dapat apa manfaat


jangan lupa minum air secukupnya supaya darah dalam badan kita berjalan lancar. Amal mandi pagi , perlu basahkan kepala sampai la ke kaki

Fikir yang baik-baik kita akan dapat yang baik. Senyum la selalu 

Sekian. Semoga ianya bermanfaat






0 ulasan:

Catat Ulasan