26 August, 2022

Video Resepi Gulai Kambing Tak Perlu Menumis Jimat Minyak

Tanpa minyak, tanpa tumis untuk Gulai Daging Kambing ni😍 Best makan dengan sebarang jenis nasi atau roti


Caranya sama macam Kari Ayam Ala Bangladesh yang saya post baru-baru ni.


Cuma untuk daging kambing atau lembu, saya tambah tomato, serbuk rempah kurma, carrot, yogurt dan daun ketumbar.


Kentang masuk apabila daging dah empuk atau hampir empuk. Perap daging kambing yang dah gaul dengan bahan-bahan sejam, semalaman dalam peti sejuk lebih baik.


Jika nak masak esok, malam ni kita perap siap-siap. Moh le buat!


Kredit : IG @adikfoods


Adik’s Gulai Kambing Tanpa Tumis 


🔴 Bahan-bahan

1 kilo daging kambing / lamb

3 biji bawang besar - hiris

2 in halia - hiris

3 helai daun salam

5 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih dan lada hitam)

1 sdb serbuk ketumbar

1 sdk serbuk jintan manis

1 sdb serbuk cili (optional)

1 sdb serbuk kunyit Adabi

1 paket 24g serbuk kurma Adabi

2 paket 24g serbuk gulai daging Adabi

9 biji bawang merah - kisar

5 ulas bawang putih - kisar

5 biji tomato

5 -9 biji cili hijau atau cili padi

2 batang carrot

5 biji kentang

Air secukupnya

⅔ cwn yogurt biasa

Segenggam daun ketumbar

Garam secukup rasa


Sponsored by Adabi 

Shopee : Adabi Official Store



0 Comments:

Post a Comment