Rabu, Oktober 26, 2022

Mak Ayah, Jangan Biarkan Anak-Anak Berseorangan Menonton Video dan Iklan di Y**Tube. Padah Akibatnya…!

BY Admin IN No comments

 

Ada Alternatif Baru Yang Lebih Islamik, Selamat dan Mesra Keluarga Tanpa Iklan…


"Durioo+ dihasilkan oleh pengasas "Didi & Friends & Omar dan Hana"




















Langgan Durioo+ Sekarang dan berpeluang memenangi Android TV 43″




Assalamualaikum, Saya Sinan, Pengasas Didi & Friends dan Omar & Hana. Sekarang saya bawakan kepada anda Durioo+. 

KENAPA Durioo+ ???

Y***Tube telah menjadi salah satu platform utama yang digunakan oleh kanak kanak di zaman digital sekarang ini. Sebagai platform percuma antarabangsa dan terbuka kepada semua, kita tidak boleh kawal sepenuhnya video apa yang mereka tonton.

Ini menyebabkan kanak kanak banyak terdedah kepada konten bertentangan dengan ajaran Islam contohnya Christmas, Hanukkah dan lain-lain.

Terdapat banyak konten tidak senonoh seperti seksual, mabuk atau agresif dan bermacam lagi yang cuba menyamar sebagai konten kanak kanak walhalnya tidak bermanfaat. Saya bagi contoh, Huggy Wuggy dan Happy Tree Friends.

Baru-baru ini, salah satu platform antarabangsa yang terkenal telah mengumumkan bahawa 50% konten mereka akan menyokong LGBTQ. Bukan mereka sahaja, malah pelbagai lagi platform dan rancangan yang turut sama makin berani menyerlahkan agenda LGBTQ di dalam konten mereka. Apatah lagi kedalam konten untuk kanak-kanak.

Usaha menormalisasikan LGBTQ secara besar besaran di peringkat antarabangsa ini perlu dibendung kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam. Platform percuma pula seperti Y**Tube yang diminati kanak kanak dipenuhi dengan Iklan yang mengarut yang boleh memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Disebabkan oleh konsep ‘open platform’, kita sebagai ibu bapa tidak boleh mengawal iklan apa yang akan ditonton oleh anak-anak kita. Di luar sana, susah untuk mendapatkan konten yang mempunyai nilai islamik untuk kanak-kanak terutamanya untuk kanak-kanak 2 hingga 12 tahun. Anak-anak perlu didedahkan kepada konten menarik yang mempunyai nilai islamik untuk membina Ummah yang baik daripada kecil

Bahaya sebenarnya kalau dibiarkan anak seorang-seorang menonton video-video yang kontennya tidak diketahui sepenuhnya. Ini kerana:

Anak-anak Islam membesar dengan konten yang bertentangan dengan ajaran Islam

Anak-anak lebih mengetahui tentang Christmas, Halloween lebih daripada Peristiwa Islam seperti Isra’ Mikraj.

 

Anak-anak Islam membesar dengan konten yang tidak elok

Anak-anak mula belajar bertutur dengan perkataan yang tidak beradab, perangai yang tidak elok, malah ada mula aggresif, mengamuk dan memukul.

Anak anak merasakan pergaulan bebas itu adalah perkara biasa, dan dinormalkan dengan perkara seksual dari umur yang muda. Malah tertarik untuk mencuba benda benda haram seperti arak, rokok dan pelbagai lain yang memuratkan.

 

Anak-anak Islam membesar tanpa pengetahuan asas Islam

Lebih mengetahui untuk menyebut WTF dan juga Oh My God daripada menyebut, Alhamdulillah, AllahuAkhbar, Nauzubillah.

 

Anak-anak Islam menganggap LGBTQ itu Normal

Tidak hairan jika tidak dibendung, budaya tidak elok seperti LGBTQ akan kian menular di kalangan anak-anak kita di masa hadapan selepas LGBT ini dinormalisasikan.

 

Anak-anak belajar untuk meminta benda yang diiklankan

Terpengaruh dengan iklan mengarut seperti permainan digital mahupun fizikal. Dengan teknologi sekarang dimana kebanyakan akaun bank atau kad kredit ibu bapa akan dikenakan cas terus dengan satu klik sahaja.

Jika ibu bapa enggan membeli apa yang diiklan, anak anak akan mengamuk atau sedih, lalu merenggangkan hubungan dengan ibu bapa.

Perasan tak ciri-ciri diatas mula terbit dari perwatakan anak-anak? Jika jawapan anda lebih banyak YA dari Tidak, maka anda perlu risau dan mula memikirkan masa depan anak anda. Jika anda tidak bertindak dari sekarang, ia akan menjejaskan peribadi apabila mereka dewasa kelak.


Hiba Apabila Saya Terima Mesej Luahan Dari Ibubapa

 



Saya adalah diantara Pengasas dan team yang menghasilkan kartun Omar & Hana. Sebuah kartun yang menerapkan nilai islamik untuk tontonan kanak-kanak.

Melalui Omar & Hana, kami telah menerima feedback daripada Ibu Bapa yang menyatakan kurangnya konten untuk Kanak-Kanak berumur 2 hingga 9 tahun yang mempunyai nilai Islamik dan pada umur begini lah pentingnya untuk membentuk asas agama yang baik pada diri anak-anak.

Ramai ibubapa menghubungi kami, meninggalkan komen di pelantar tersebut dan melahirkan rasa kecewa, marah, keliru, terhadap animasi-animasi yang kami upload. Mereka mengadu animasi kami mengandungi iklan-iklan forex, produk dewasa, judi dan pelbagai jenis iklan yang tidak sesuai untuk anak-anak.

Walaupun ada tetapan ‘Parental Control’, Y***tube sendiri adalah dibuat untuk pasaran Amerika, jadi apa yang sesuai dipasaran mereka kebanyakan tidak sesuai untuk kanak kanak Islam




Langgan Durioo+ Sekarang dan berpeluang memenangi Android TV 43″




0 ulasan:

Catat Ulasan